Saturday, May 14

Pencemaran air? Nak salahkan siapa?

'air kotor lah,mereka ini tak buat kerja ke?' 
Inilah yang disuarakan oleh rata-rata rakyat dimalaysia.
Sudah menjadi adat masyarakat sekarang,suka menunding jari ke arah orang lain.
Satu jari ditunjuk ke orang empat jari kembali ke kita.
Cuba kita fikir sejenak,wajarkah kita saling salah-menyalahkan?

gambar menunjukkan sikap masyarakat yang tidak prihatin

Cuba kita perhatikan kilang-kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit yang sering menjadi punca kepada pencemaran air di sungai-sungai di Malaysia.Hal ini terjadi apabila sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai.Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai,Pulau Pinang sebagai contoh,pemandangan dari udara ke atas nya menunjukkan warna air berwarna hitam pekat apabila sampai di laut.

Disekitar kawasan sungai pula,kita hidangkan dengan pelbagai aneka barang yang tidak sepatutnya berada diatasnya seperti lampin bayi,plastik sisa makanan,botol plastik dan macam-macam lagi. Bila sampah seperti itu terlampau banyak kewujudannya dan air mula tidak bersih,banyak pihak yang mula merungut,tidak berpuas hati dan sebagainya.Perlakuan siapa? wajarkah hanya perdana menteri dan ahli parlimen yang disalahkan? Kenapa perlu merungut dan tercetus rasa tidak puas hati jika kita sendiri tidak pernah berusaha menjaganya ?

Lain pula ceritanya di tempat-tempat peranginan seperti pulau-pulau, sungai, dan laut,sampah dibuang ke dalamnya seolah-olah ianya tong sampah. Tempat-tempat seperti itu  biasanya disediakan tong sampah secara PERCUMA,tapi mengapa masih ada yang membuang sampah  ke dalam sungai dan sebagainya?Perlu membayarkah untuk membuang sampah ke dalam tong sampah?
(Kalau tak reti sangat nak buang sampah dalam tong sampah simpan je dalam kereta atau kat rumah buat koleksi.)

Ataupun kalau nak buang  merata-rata tempat jugak, maka kenalah tukar jadi makhluk Allah yang ni kot...huhu..:)
Pencemaran yang berlaku di sungai,tasik dan laut serta lokasi berair yang sering disalah anggap sebagai tempat pembuangan sampah terutama daripada aktiviti manusia adalah definisi yang dikeluarkan oleh Wikipedia bagi pencemaran air.Jadi sudah terang lagi bersuluh yang pencemaran ini berpunca dari....DIRI KITA SENDIRI.

Air nadi kehidupan ! pernahkah kita hargai?

Sebelum bercerita lebih lanjut tentang nikmat yang satu ni. Jom kita berkenalan dulu dengannya !

AIR adalah komponen penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Air sumber penting untuk minuman, sistem kebersihan, pertanian, industri, pembangunan bandar, kuasa hidro, perikanan, pengangkutan, pengurusan tanah rata atau rendah dan kegiatan lain. Pengurusan air secara tidak cekap boleh menyebabkan wujudnya krisis air.Tapi adakah kita hargainya?

Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran, purata penggunaan air dalam satu mandian sebanyak 50 liter hingga 100 liter air.Purata penggunaan air domestik di Malaysia pula adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 226 liter per kapita sehari.Jika 0.2 liter air dibaziri sehari bermakna sebulan 6 liter air telah disia-siakan.Berapa pula jika setahun? 2 tahun ? 10 tahun ? 50 tahun ?

Walaupun mengetahui kepentingan air dalam kehidupan, manusia bagaimanapun nampaknya begitu mudah membaziri,mengabaikannya dengan mencemarkannya dan mengotorkan longkang, sungai, tasik dan laut.Dimana rasa tanggungjawab kita?

Sanggupkah kita melakukan cara ini untuk menghilangkan dahaga?Untuk keperluan harian?
Seperti di negara Malaysia sendiri, sebuah negara membangun tidak pernah lari daripada masalah yang berkaitan air.Oleh itu,menjadi tanggungjawab kita untuk menguruskan sumber alam yang paling berharga ini.Tanggungjawab ini sudah pasti dipikul oleh jurutera awam yang akan merekabentuk sistem saliran dan menganalisis kualiti air.Akan tetapi kita juga WAJIB memikul tanggungjawab menjaga dan memanfaatkan penggunaannya sebaik-baiknya !

Fikirkan dan renungkanlah sebelum krisis air berlaku lagi !